Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Jalan Ini

Belakangan ini, ada perkara yang begitu menyesakkan dada. Mencengkam setiap urat darah sehingga nafas-nafas yang dahulu hanya di hembus perlahan menjadi tersekat-sekat. Ya. Aku dah di sini. Jalan yang suatu masa dahulu aku penah idami. Aku di sini. Ya. Di sini. Entah bagaimana, dunia ini terasa lain benar. Jauh dengan identiti diri yang aku bawa dahulu. Terlalu hipokritkah manusia bernama aku? Ada masa, segalanya terasa hanya sebuah kepuraan yang menutupi segenap ketidakikhlasan. Dan, ikhlaskah aku? Menyesal? Berani aku katakan, penyesalan itu juga wujud dalam peratusan keputusan hidup aku. Penyesalan kerana aku terlalu berani mencuba, sedangkan aku tahu, aku akan tinggalkan sesuatu yang aku sendiri tidak gemari. Tapi, salahkah aku mencuba? Dan kini, di hadapan aku hanya jalan lurus entah kemana. Tiada simpang untuk aku belok mahupun uturn. Ini cuma jalan lurus. Jalan lurus yang aku sendiri tidak pasti adakah akan aku berhenti di tengah jalan atau mencari jalan lain yang tiada ...

Mimpi vs Realiti

Antara mimpi yang kau cipta dengan realiti yang kau ada mana kau lebih usaha untuk jaga? kau boleh bermimpi tapi jangan hanya bermimpi kau hidup dalam realiti yang kau lalui tapi jangan hanya lalui boleh bermimpi dan sampaikan mimpi ikut naluri kepada realiti boleh lalui realiti dan rasai realiti melalui mimpi yang kau angani 2345 200615

Aku Hanya Mahu

aku hanya mahu sandarkan harapan  pada Tuhan yang satunya mendengar setiap kesakitan aku hanya mahu tadahkan kedua tangan hanya pada Tuhan yang selalu menyalurkan kekuatan di sebalik lemahnya sorang insan aku hanya mahu lepaskan seluruh bebanan hanya pada Tuhan yang tak pernah menghampakan aku hanya mahu serahkan jasad dan nyawa jiwa dan raga pada Tuhan yang sentiasa mengkhabarkan bahawasanya  'Aku dekat'. 1219 28015

Dan Sekali Lagi, Terima Kasih !

K.A.M.I Solehah Malam itu kami bercerita tentang apa yang kami rasa. Buat pertama kalinya kami meluahkan apa yang terbuku di hati, tersimpan kemas di fikiran. Aku yang pertama dipilih untuk bercakap. Sungguh mulut tiada daya untuk menuturkan kata, sebaliknya hanya mata yang pandai berbicara. Mata itu lebih kuat untuk meluah segalanya, mungkin. Aku himpunkan kekuatan hanya untuk menyebut terima kasih untuk segalanya kepada mereka. Setiap apa yang mereka 'bawa' kepadaku adalah nikmat kasih yang tidak terhingga rasanya. Kasih dari Tuhan, kasih dari mak ayah dan segalanya. Safirah, Halimah, Madhiyyah, Nadiah, Najihah, dan lain-lain, Aku sangat sayang kalian semua ! GENIUS LEADERSHIP CAMP ''Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang ber...

Surat Untuk Kawan

Aku terasa ingin bercerita kawan. Meluahkan rasa susah di hati. Meleraikan keliru yang menyesakkan diri. Aku mahu bilang segalanya di atas coretan ini, kawan. Samada mampu atau tidak rasa ini dibawa ke medan itu, aku sendiri keliru. Puas aku kata pada hati, pesan pada diri bahawa langkahku patut hanya di sini, di dalam penantian yang sudah berakhir dengan pura sebuah kepuasan. Dan aku masih keliru dengan diriku sendiri, kawan. Tatkala ada jiwa-jiwa kental yang sanggup berkorban menegakkan yang haq, meletakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Ilahi, aku masih di sini, kawan. Masih di sini, melihat dan melihat. Berbicara di dalam hati dengan bicara yang aku sendiri kurang pasti. Ah, jahil sangatkah aku kawan? Menyaksikan perjuangan-perjuangan itu membuatkan aku terfikir sendiri, betapa aku kosong dalam medan itu. Ya, kosong. Sebagaimana kosongnya gelas tanpa air yang memberi minum orang. Mungkin juga aku belum mengerti akan apa yang di bilang sebagai perjuangan itu. Mungkin...

HIM.

Ada satu cinta yang tak pernah menjadikan kita putus asa. Ada satu cinta yang sentiasa menghargai kita. Ada satu cinta yang memberi segalanya untuk kita.  Ada satu cinta yang akan membuatkan kita rasa cukup dengan segalanya. Ada satu cinta yang memang memilik sempurna. untuk insan yang menghargai cinta tersebut. cinta DIA. sudah-sudah berasa dengan manusia. sudah-sudahlah kecewa dengan mereka. sudah-sudahlah. tatkala kita punya Allah untuk meluah segala, untuk dicerita segala rasa, untuk dibuang segala duri di jiwa kerana manusia, jangan difikir lagi tentang insan biasa yang masih melakukan dosa. maafkan. terus melangkah menuju Dia. walau kita tahu mungkin kita akan terjatuh juga di pertengahan jalan mencinta Pemilik segalanya. 200215 240215

si tua

satu kasih dalam kisah hidup si tua berserban putih siang malamnya hanya untuk Ilahi tahajudnya sentiasa menemani sepertiga malam hari diri kudus itu tiba-tiba hilang dari dunia ah sudahkah kita lupa? Allah sudah beri peringatan setiap dari kita akan pergi membawa bekalan yang entah mencukupi atau hanya sekadar dizahirkan nafsi bukannya hati izinkan si tua itu pergi kerna mungkin dia sudah penat di sini biarkan kita menangisi permata Islam yang suci dari noda dan dosa yang datang menghalangi moga si tua itu sempat aku temui di sana nanti, dengan izinNya 140215 0928

kerana aku masih belajar...

Teringat zaman sekolah rendah. Zaman kegemilangan mungkin. Zaman yang tak perlukan aku untuk jadi seperti sekarang. Zaman selalu dapat top 3 dalam kelas kerana peperiksaan. Zaman yang tak perlukan aku untuk fikir tentang masalah-masalah yang timbul ataupun perkara-perkara yang menyerabutkan fikiran. Yang pasti zaman itu sudah berlalu. Teringat zaman sekolah menengah. Zaman diri mula mencari identiti sendiri. Zaman yang paling banyak menangis sebab terlalu manjakan diri yang jauh dari keluarga. Zaman kejatuhan juga semasa PMR. Semasa waktu PMR, tinggal di asrama dalam keadaan yang menyedihkan. Sungguh pada waktu itu rasa seronok itu samar-samar. Tetapi semasa di tingkatan empat, mungkin kejatuhan itu juga yang buatkan aku berusaha sedikit di dalam kelas. Dan sebenarnya keputusan SPM itu adalah sesuatu yang tidak aku jangka. Apa yang terlintas di fikiran hanyalah 'aku tak bersungguh-sungguh sangat pun, tapi result macam mana boleh dapat macam ni?. Zaman universiti. Zaman sekaran...