Skip to main content

Surat Untuk Kawan

Aku terasa ingin bercerita kawan. Meluahkan rasa susah di hati. Meleraikan keliru yang menyesakkan diri. Aku mahu bilang segalanya di atas coretan ini,

kawan.

Samada mampu atau tidak rasa ini dibawa ke medan itu, aku sendiri keliru. Puas aku kata pada hati, pesan pada diri bahawa langkahku patut hanya di sini, di dalam penantian yang sudah berakhir dengan pura sebuah kepuasan. Dan aku masih keliru dengan diriku sendiri, kawan.

Tatkala ada jiwa-jiwa kental yang sanggup berkorban menegakkan yang haq, meletakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Ilahi, aku masih di sini, kawan. Masih di sini, melihat dan melihat. Berbicara di dalam hati dengan bicara yang aku sendiri kurang pasti. Ah, jahil sangatkah aku kawan?
Menyaksikan perjuangan-perjuangan itu membuatkan aku terfikir sendiri, betapa aku kosong dalam medan itu. Ya, kosong. Sebagaimana kosongnya gelas tanpa air yang memberi minum orang. Mungkin juga aku belum mengerti akan apa yang di bilang sebagai perjuangan itu. Mungkin juga aku bukanlah yang layak untuk digelar seorang pejuang. Mungkin dan mungkin lagi. Aku masih keliru, kawan.

Andai persepsi aku terhadap perjuangan itu ada yang salah, mohon maafkan aku. Kerana diri masih belum boleh terhindar dari prasangka yang bukan-bukan. Kerana hati sudah biasa untuk menilai bayang-bayang hitam yang tersembunyi di sebalik putihnya kesucian perjuangan yang dikatakan.

Kawan, moga kau tahu rasa ini. Moga kau tahu betapa aku rasakan tidak bergunanya aku dalam perjuangan itu. Moga kau tahu akan setiap lemahnya aku untuk menahan setiap pedih kerana jahil diriku sendiri. Moga kau doakan aku, untuk aku terus bertahan di sini, kerana sepertinya aku tiada tempat di medan itu, dan tempatku hanya di sini, menunggu yang tak pasti untuk datang mendampingi aku dan mengiringiku ke jalan yang mampu aku banggai.

250315
0048

Comments

Popular posts from this blog

Mimpi vs Realiti

Antara mimpi yang kau cipta dengan realiti yang kau ada mana kau lebih usaha untuk jaga? kau boleh bermimpi tapi jangan hanya bermimpi kau hidup dalam realiti yang kau lalui tapi jangan hanya lalui boleh bermimpi dan sampaikan mimpi ikut naluri kepada realiti boleh lalui realiti dan rasai realiti melalui mimpi yang kau angani 2345 200615

the chance

from this time onwards i would dare to take the pain (the chance) sebelum ini, banyak janji yang kosong terisi banyak benda yang aku cuba nak elak dengan berlaku tidak ambil tahu padahal aku yang pengecut tak berani ambil risiko tak berani nak hadap kesakitan realiti yang menyakitkan tak pernah membunuh dan aku sendiri pun takkan pernah mati (insyaaAllah) kalau aku pilih untuk sakit. 0146 080816