Skip to main content

Posts

AKHIRNYA

Setelah sekian lama malas meng update. Akhirnya hari ini hari yang terpilih.. Banyak yang berlaku dua tiga bulan kebelakangan ini. Sehingga saya akan terduduk  di penjuru katil mendakap lutut. Ya. Sayalah orang yang paling bingung ketika Tuhan mengutuskan ujian yang berterusan. Dan ada ketika, saya telah memilih untuk menjadi pengecut. Kepada diri sendiri. Kemudian saya akan sedar, perasaan takut saya itu hanyalah bisikan-bisikan yang bertopengkan nafsu. Sayalah yang paling bingung, ketika Tuhan menjadikan saya insan yang berada di tengah. Saya keliru, apakah itu kebaikan yang saya belum tahu, atau keburukan yang saya juga belum tahu. Saya insan yang cepat berubah. Mengikuti keadaan yang mendesak. Akhirnya, ketika pilihan ada di depan, saya memilih untuk membiarkan. Biar Tuhan mengatur takdirNya sesuai dengan apa yang terbaik untuk saya. Saya percaya Tuhan walau saya tahu mungkin sayalah manusia yang paling hipokrit, di hadapanNya. Yang sering tidak menghargai peluang. Oh ya. S
Recent posts

the chance

from this time onwards i would dare to take the pain (the chance) sebelum ini, banyak janji yang kosong terisi banyak benda yang aku cuba nak elak dengan berlaku tidak ambil tahu padahal aku yang pengecut tak berani ambil risiko tak berani nak hadap kesakitan realiti yang menyakitkan tak pernah membunuh dan aku sendiri pun takkan pernah mati (insyaaAllah) kalau aku pilih untuk sakit. 0146 080816

KUSEF '16 ; IN MEMORY

090516 Inter-Kullliyyah Sports Festival. Program yang tak akan aku cuba lupakan sampai bila-bila. Lepas habis closing ceremony, serius tak tahu macam mana nak move on. Dari aku yang buta sukan ni, sampai taula sikit-sikit handball tu main macam mana, beza basketball dengan netball, chess tu kalau queen mati jadi apa, macam-macam lagi. Selama sebulan lebih ni banyak jadi kat aku. Stress, menangis dalam hujan masa balik dari ofis src. Dengan assignment tak siap, midterm rendah. Aku kalau program semangat la jugak bagi komitmen, tapi bila mai study aku macam tak boleh. Push tu kurang. Ka aku yang malas? keh. Tambah bila first time masa mula-mula dulu dok dalam pubpro. Allah.. tak tau apa-apa kot. Dari tiga orang ja, bila tambah member last-last jadi lapan. Semua macam-macam perangai. Yang paling aku bersyukur sebab boleh masuk dengan depa. Dok dalam pubpro, macam-macam jadi. Boleh nampak bila students tak puas hati apa, baca lah post kat twitter. Kadang-kadang kami pun salah update. S

Jalan Ini

Belakangan ini, ada perkara yang begitu menyesakkan dada. Mencengkam setiap urat darah sehingga nafas-nafas yang dahulu hanya di hembus perlahan menjadi tersekat-sekat. Ya. Aku dah di sini. Jalan yang suatu masa dahulu aku penah idami. Aku di sini. Ya. Di sini. Entah bagaimana, dunia ini terasa lain benar. Jauh dengan identiti diri yang aku bawa dahulu. Terlalu hipokritkah manusia bernama aku? Ada masa, segalanya terasa hanya sebuah kepuraan yang menutupi segenap ketidakikhlasan. Dan, ikhlaskah aku? Menyesal? Berani aku katakan, penyesalan itu juga wujud dalam peratusan keputusan hidup aku. Penyesalan kerana aku terlalu berani mencuba, sedangkan aku tahu, aku akan tinggalkan sesuatu yang aku sendiri tidak gemari. Tapi, salahkah aku mencuba? Dan kini, di hadapan aku hanya jalan lurus entah kemana. Tiada simpang untuk aku belok mahupun uturn. Ini cuma jalan lurus. Jalan lurus yang aku sendiri tidak pasti adakah akan aku berhenti di tengah jalan atau mencari jalan lain yang tiada

Mimpi vs Realiti

Antara mimpi yang kau cipta dengan realiti yang kau ada mana kau lebih usaha untuk jaga? kau boleh bermimpi tapi jangan hanya bermimpi kau hidup dalam realiti yang kau lalui tapi jangan hanya lalui boleh bermimpi dan sampaikan mimpi ikut naluri kepada realiti boleh lalui realiti dan rasai realiti melalui mimpi yang kau angani 2345 200615

Aku Hanya Mahu

aku hanya mahu sandarkan harapan  pada Tuhan yang satunya mendengar setiap kesakitan aku hanya mahu tadahkan kedua tangan hanya pada Tuhan yang selalu menyalurkan kekuatan di sebalik lemahnya sorang insan aku hanya mahu lepaskan seluruh bebanan hanya pada Tuhan yang tak pernah menghampakan aku hanya mahu serahkan jasad dan nyawa jiwa dan raga pada Tuhan yang sentiasa mengkhabarkan bahawasanya  'Aku dekat'. 1219 28015