aku hanya mahu
sandarkan harapan
pada Tuhan
yang satunya mendengar
setiap kesakitan
aku hanya mahu
tadahkan kedua tangan
hanya pada Tuhan
yang selalu
menyalurkan kekuatan
di sebalik lemahnya sorang insan
aku hanya mahu
lepaskan seluruh bebanan
hanya pada Tuhan
yang tak pernah
menghampakan
aku hanya mahu
serahkan jasad dan nyawa
jiwa dan raga
pada Tuhan
yang sentiasa mengkhabarkan
bahawasanya
'Aku dekat'.
1219
28015
Comments
Post a Comment