Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014
selepas subuh dari jendela bilik setiap pagi adalah pagi yang tak akan datang buat kali kedua. 0723 291114

sampaikan salam...

'' sampaikan salamku pada matahari, hujan.'' hujan menunduk. '' kau tidak suka pada akukah, insan? '' ''tidak! sudah semestinya tidak.'' insan menafikan sambil menguis-nguis kaki di gigi pantai yang baru sahaja di jengah oleh ombak kecil. ''...cuma, terkadang aku rindu pada cahayanya, hujan.'' insan mula tersebak sedikit. '' jadi, bagaimana dengan titis-titis air yang awan curahkan itu? apakah kau langsung tidak berasa gembira dengan titis-titis air itu? apakah kau langsung tidak berasa nyamannya bayu yang di kandung titis-titis air itu selepas sudah beberapa ketika kau hanya di payungi oleh teriknya mentari?'' hujan bertanya sedih bercampur kecewa. ah, apa lagi yang kau mahu, wahai insan!? '' ya! aku merasainya wahai hujan! aku terlalu merasainya sehingga aku tenggelam dalam kedamaian engkau, sehingga aku ralit di buai mimpi-mimpi kosong ciptaan aku sendiri !'' hujan terdiam. ...