Skip to main content

Jalan Ini

Belakangan ini, ada perkara yang begitu menyesakkan dada. Mencengkam setiap urat darah sehingga nafas-nafas yang dahulu hanya di hembus perlahan menjadi tersekat-sekat.

Ya. Aku dah di sini. Jalan yang suatu masa dahulu aku penah idami. Aku di sini. Ya. Di sini.

Entah bagaimana, dunia ini terasa lain benar. Jauh dengan identiti diri yang aku bawa dahulu. Terlalu hipokritkah manusia bernama aku? Ada masa, segalanya terasa hanya sebuah kepuraan yang menutupi segenap ketidakikhlasan. Dan, ikhlaskah aku?

Menyesal? Berani aku katakan, penyesalan itu juga wujud dalam peratusan keputusan hidup aku. Penyesalan kerana aku terlalu berani mencuba, sedangkan aku tahu, aku akan tinggalkan sesuatu yang aku sendiri tidak gemari. Tapi, salahkah aku mencuba?

Dan kini, di hadapan aku hanya jalan lurus entah kemana. Tiada simpang untuk aku belok mahupun uturn. Ini cuma jalan lurus. Jalan lurus yang aku sendiri tidak pasti adakah akan aku berhenti di tengah jalan atau mencari jalan lain yang tiada sebenarnya.
Entahlah.

''Tuhan tidak pernah tersilap.''- Kak Aidah

0034
130915


Comments

Popular posts from this blog

Mimpi vs Realiti

Antara mimpi yang kau cipta dengan realiti yang kau ada mana kau lebih usaha untuk jaga? kau boleh bermimpi tapi jangan hanya bermimpi kau hidup dalam realiti yang kau lalui tapi jangan hanya lalui boleh bermimpi dan sampaikan mimpi ikut naluri kepada realiti boleh lalui realiti dan rasai realiti melalui mimpi yang kau angani 2345 200615

the chance

from this time onwards i would dare to take the pain (the chance) sebelum ini, banyak janji yang kosong terisi banyak benda yang aku cuba nak elak dengan berlaku tidak ambil tahu padahal aku yang pengecut tak berani ambil risiko tak berani nak hadap kesakitan realiti yang menyakitkan tak pernah membunuh dan aku sendiri pun takkan pernah mati (insyaaAllah) kalau aku pilih untuk sakit. 0146 080816