Skip to main content

kerana aku masih belajar...

Teringat zaman sekolah rendah. Zaman kegemilangan mungkin. Zaman yang tak perlukan aku untuk jadi seperti sekarang. Zaman selalu dapat top 3 dalam kelas kerana peperiksaan. Zaman yang tak perlukan aku untuk fikir tentang masalah-masalah yang timbul ataupun perkara-perkara yang menyerabutkan fikiran. Yang pasti zaman itu sudah berlalu.

Teringat zaman sekolah menengah. Zaman diri mula mencari identiti sendiri. Zaman yang paling banyak menangis sebab terlalu manjakan diri yang jauh dari keluarga. Zaman kejatuhan juga semasa PMR. Semasa waktu PMR, tinggal di asrama dalam keadaan yang menyedihkan. Sungguh pada waktu itu rasa seronok itu samar-samar. Tetapi semasa di tingkatan empat, mungkin kejatuhan itu juga yang buatkan aku berusaha sedikit di dalam kelas. Dan sebenarnya keputusan SPM itu adalah sesuatu yang tidak aku jangka. Apa yang terlintas di fikiran hanyalah 'aku tak bersungguh-sungguh sangat pun, tapi result macam mana boleh dapat macam ni?.

Zaman universiti.
Zaman sekarang. Hampir 3 tahun di universiti, aku belajar untuk tidak menangis semasa keluarga menghantar aku pulang. Zaman kena cakap banyak, melawan aku yang tidak suka bercakap. Zaman banyak fikir tentang kawan-kawan mahupun assignment dan presentation. Zaman orang sekeliling pandang erti kepandaian melalui digit-digit CGPA. Aku pernah fikir sebelum itu, adakah aku mampu 'hidup' di universiti. Kerana aku terasa masih seperti kebudakan dan belum matang. Tapi hakikat dengan izinNya aku masih disini. Masih disini untuk belajar bagaimana mahu mendapat 3.00 ke atas. Rasa sakit ketika kawan-kawan bercakap tentang dean's list CGPA mereka aku hanya diamkan. Biarkan. Mereka adalah mereka. Aku adalah aku. Kalau aku hanya terus mengikut aku, rasanya mungkin juga aku tidak akan pernah mendapat 3.00. Mungkin juga aku patut berubah?

Kadang-kadang aku rasa mengejar pointer tinggi hanya useless. useless. ini serius aku katakan. Selagi apa yang kita belajar tidak mampu bawa manfaat pada diri, memang sangat useless.

'At least CGPA mereka tinggi, boleh dapat kerja cepat. Kau? Dahlah pointer sikit lagi nak fail, tak amal pulak tu apa yang kau dah belajar. Menghafal pun semata-mata kerana peperiksaan.'

sigh.

Aku mahu terus belajar mencari makna hidup. Jangan salahkan aku, kerana aku masih belajar. Pointer tinggi atau tidak, kadang menunjukkan kepandaian dan kejahilan. Juga menunjukkan setakat mana 'mahu' kita di dalam hidup.

p/s
Aku sedang belajar untuk tidak menjadi jahil.

Dan satu lagi.
selalunya ada subject yang memang kita rasa akan fail. tetapi alhamdulillah tak. apa yang aku fikirkan adalah 'ya. aku tak failed bukan kerana usaha aku, tetapi juga atas izin Allah, doa mak ayah yang meredhai, usaha guru yang mengajar, boleh jadi juga doa kawan-kawan yang ikhlas.'

0045
060215


Comments

Popular posts from this blog

Mimpi vs Realiti

Antara mimpi yang kau cipta dengan realiti yang kau ada mana kau lebih usaha untuk jaga? kau boleh bermimpi tapi jangan hanya bermimpi kau hidup dalam realiti yang kau lalui tapi jangan hanya lalui boleh bermimpi dan sampaikan mimpi ikut naluri kepada realiti boleh lalui realiti dan rasai realiti melalui mimpi yang kau angani 2345 200615

the chance

from this time onwards i would dare to take the pain (the chance) sebelum ini, banyak janji yang kosong terisi banyak benda yang aku cuba nak elak dengan berlaku tidak ambil tahu padahal aku yang pengecut tak berani ambil risiko tak berani nak hadap kesakitan realiti yang menyakitkan tak pernah membunuh dan aku sendiri pun takkan pernah mati (insyaaAllah) kalau aku pilih untuk sakit. 0146 080816