pernah suatu ketika dahulu
dia merasakan dirinya sangat beriman
berzikir mengingati Kekasihnya 24 jam
mengadu merintih meratap hanya pada Kekasihnya
bunga-bunga cintanya
padanya hanya layak buat Allah yang satu....
tapi kini
cintanya begitu murah
mengadu pada makhluk
berzikir menyebut nama makhluk berlainan jenis
tiada lagi air mata yang turun kerana Sang Khalik
tetapi menitis air matanya kerana kecewa kepada sang makhluk .....

Comments
Post a Comment